Uncategorized

LASIK MURAH

Last week Cip buat Lasik.Sebenarnya dah lama saya nak buat Lasik ni iaitu masa menagndung lagi. Tapi memandangkan mengandung tak sesuai untuk buat Lasik sebab penglihatan kita berubah kerana hormon menjadikan ia tidak tepat dan stabil, jadi saya postpone dulu.

Selepas berpantang, Cip buat appointment dengan Advance Vision Damansara. Tempat ni tersangatlah popular sebab murah!! Bayangkan buat Lasik untuk RM 2000 plus saja. Murah sangat berbanding tempat lain. Servis juga tip top. Apa lagi nak tunggukan.

 

So, hari yang appointment tu, saya pergi. Ramainya orang. Tapi drg sangat pantas. Duduk 15 minit, dah dipanggil untuk cek penglihatan dulu. Saya dipanggil ke satu bilik, then satu bilik lagi. Ada 2 bilik untuk cek mata ni. Mulanya untuk tahu power mata kita dan satu lagi untuk ukur ketebalan cornea. Takde prosedur yang menyakitkan pun. Hanya melalui mesin saja. Senang.

 

Then, saya disuruh tunggu diluar sekejap. Selepas 10 minit, datang seorang wanita yang menerangkan tentang prosedur. Ada 2 prosedur yang kita boleh lakukan untuk correct vision ni, iaitu Lasik dan trans PRK.

Beza kedua ini adalah prosedurnya. Lasik lebih susah dilakukan dari trans PRK tapi recovery Lasik tersangat cepat. Lepas sehari dah tak sakit mata lagi dan penglihatan akan segera nampak jelas.

Trans PRK pulak, prosedur lebih mudah, less scary tapi 3 hari sakit mata dan tak selesa. Penglihatan juga selepas 3 hari baru jelas.

 

Jadi korang rasa CIp pilih yang mana?

hahaaahha.

 

Lasiklah!! SEbab Cip kena cepat recover. Tak dapeklah nak tunggu 3 hari baru boleh buat kerja wehh..

 

Sehari sebelum Lasik, drg akan cek mata kita lagi sekali.

 

The next day, kita datang dengan suami atau teman sebab kita tak boleh drive after prosedur. Prosedur hanya dilakukan pada hari Jumaat sahaja. So memang ramai gila orang. Sejam saya tunggu que. Agak nervous sebenarnya.

Bila masuk dalam bilik prosedur, baring atas prosedur table, ishhhkk seram juga ni.

Mula sekali, Dr Wong titiskan air dalam mata. Kemudian, kelopak mata atas dan bawah kita dikenakan macam selitep untuk tak boleh tutup mata.

Next, speculum besi kecil dimasukkan dalam soket mata supaya mata kita tak bergerak2 semasa prosedur.

 

Ok agak tak selesa masa nak masukkan ni tapi tak susah pun so sekejap sajalah.

Then, pertama sekali Dr akan buat flap. Like satu potongan sket, untuk create satu pintu nak masuk ke dalam mata.

Then, Dr Wong letakkan macam ring atas mata kita. Ini agak tak selesa. Yelah letak atas mata, mana ada benda selesa. Tapi sebenarnya tak sakit sebab drg dah titis ubat bius dalam mata ni 2x sebelum start.

Lepas letak ring tu, kita bau laser dah. zeeetttttt zeeetttttt.

 

siap!!

 

Dr Wong ni sangat gentle dan soothing. Sepanjang prosedur tu, dia akan dok bagitahu dia sekarang buat apa dan cuba calmkan Cip. Cip tersangatlah takut sampai rasa nak suh dr stop saja. Hahahahaha. Tapi Cip duk diam sambil tangan genggam meja bedah tu. Sebab kita awake. Kalau dapat general anesthesia barulah best. Takdelah aku tau segalanya yang berlaku ini.

Dr Wong tegur yang Cip tersangat diam. Tidur ke pengsan ke. hahahahaa.

 

Ada ni ha doktor. Dok genggam meja ni.

Selepas 4 minit dah siap satu mata. Buat mata lagi satu. Setel. Cuci mata. Siap.

 

Trans PRK pulak tak perlu buat flap tu. Dr Wong remove first layer depan mata tu dan terus laser. Cepat dan lagi kurang step. Tak takut sangat. Tapi recoveryla dok rasa burning sensation kat mata tu.

So Cip pilih Lasik. Balik tu, mata memang berair dan dah tak perlu pakai spect lagi.

ESok tu bangun pagi dah takde merah mata atau berair. Vision pun dah almost 100% nampak. Best sangat.

 

Tapi tangan ni selalu konfius macam nak buka spect tapi rupanya tak pakai spect.

 

Sebab sebelumni kalau nak tidokan buka spect. Berpuluh tahun dah buat habit nk buka spect tu. Tetiba takde spect pulak. Termalu saja.

Untuk recovery, Cip amalkan Carotomax yang kaya dengan vitamin A untuk mata dan Vivix. Dua ni bagus untuk kesihatan mata. Yang penting penjagaan selepas prosedur ini perlu teliti supaya tiada jangkitan kuman/virus yang mengakibatkan komplikasi.

So kalau korang nak buat Lasik, korang google saja Advance Vision. Drg ada website dia. Boleh buat appointment melalui web tu. Nanti drg contact u.

Lokasi dia di sebelah Wondermilk.

IMG_1922.png

Selamat tak rabun lagi ye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s