Master celebration Shaklee

AKHIRNYA JUMPA DESIGNER UNTUK DRESS MASTER CELEBRATION!!

Assalamualaikum,

Bersawang betul blog ni. 😪

Busy busy busy.

Sebenarnya Kak Cip nak share betapa tak sabarnya Kak Cip untuk Master Celebration Shaklee nanti. Event ni adalah untuk meraikan mereka yang mencapai rank tertinggi dalam Shaklee.

Yang bestnya, sambutan ni untuk Kak Cip dan Master dibawah Kak Cip sendiri iaitu Master Syaheera Young Rockie.

Maka sibuklah Kak Cip nak cari designer baju untuk event ni. Takkan nak pakai cincai2 kan. Sebenarnya Kak Cip tak suka/sangat sangat avoid majlis macam ni. Sejak naik jadi Master Shaklee ni, tak dapat nak elakkan event bisnes. So Kak Cip akan cuba hadir.

Tapi kalini event untuk kami berdua dari team RYG yang Kak Cip tubuhkan 2 tahun yang lalu. Jadi wajiblah datangkan.

Selepas pencarian yang gigih, finally Kak Cip pilih designer Wajie Ibrahim. Untuk buat dress special untuk Master celebration pada 16 December ni.

Wajie Ibrahim ni duduk di Johor. Kebetulan masa PA Kak Cip contact Wajie, beliau akan datang area rumah Kak Cip ni untuk ukur Sharifah Shahirah dan Syarifah Sakinah. Kebetulan rumah Kak Cip memang area situ juga so dia singgah. Tak perlulah Kak Cip nak pergi butik beliau di Damansara.

Kak Cip tgk design Wajie ni cantik dan kemas. Plusssss dia boleh buat walaupun short notice. Bayangkan sebulan setengah saja dari tempoh event tu, baru Kak Cip nak tempah. Selalu sangat last minit tau.

Harga baju Wajie ni okla lagi berbanding Rizman dan Rizalman. Affordable lagi. Kak Cip punya dress RM 2000++. Guna Italian silk yang banyak supaya beralun.

Kak Cip kept it simple saja. Clean cut. Tapi princess look.

2C19145D-4409-4E63-9366-326808783ACA.jpeg

Macam Princess Kate punya cutting cuma tanpa lace dan sesuai untuk bertudunglah. Hehe kang pelik plak pakai tudung tapi tangan takde gitu😂.

231B0D86-756F-4BE1-B8CE-A388A87D4191.jpeg

Inspired by Kate.

Nak pastikan dress ni flowy gitu, designer perlu guna banyak kain. Jadi harganya naik sediki sebab kain tu 1 meter RM 130. Takpelah Kak Cip fikir sebab sekali-sekala. Takde dah diraikan untuk Master Celebration lepas ni kan.

Best jadi Master Coordinator Shaklee ni. Ok tak sabar nak tunggu hari istimewa ni. Sangat mendebarkan sebab pihak Shaklee terpaksa tukar dewan yang lebih besar selepas rsvp team RYG dan tetamu lain.

Nanti Kak Cip share location k. Semua orang boleh hadir sebenarnya. Kalau korang berminat nak kenal Kak Cip lebih lanjut dan nak tahu rahsia Kak Cip buat bisnes Shaklee ni dalam masa setahun dah boleh naik jadi Master coordinator Shaklee, korang dijemput hadir.

Cuma sekarang Kak Cip tengah cari MUA pulak!!! Susah juga nak jumpa MUA yang available ni eh. Nak mekap sendiri Kak Cip tak reti dan takde kelengkapan pun.

Lipstick, bedak dan blusher 1 jenis. 😂

Yang penting, Kak Cip kena nampak flawless dihari istimewa ni. Macam bersanding baliklah kan?😂

2D0265B7-583A-4C2A-ADB0-C251CA167DDE.jpeg

Kalau nak flawless….

37F8133D-7DFF-4094-9F48-03A7E73280C8.jpeg

Setiap hari Kak Cip amalkan Vivix. Cuba teka umur Kak Cip berapa??

32 tahun❤️❤️.

Ok nanti Kak Cip share pasal MUA pulak k. Bye😘

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s