Anak-anak · Uncategorized

NAK CARI PAKAR KANAK-KANAK AREA MELAWATI YANG BEST!!

Assalamualaikum,

 

Harini Kak Cip mengantuk sangat. Dah 4 hari Noah demam panas dan ada flu.

Setiap 5-6 jam, Kak Cip kena pastikan Noah makan ubat demam atau masuk ubat buntut. Untuk kahak dan pernafasan, Kak Cip bagi sirup Ventolin.

DF38BBD9-8ADC-41A1-801E-6521AF79FAEC.jpeg

Rumah Kak Cip memang macam farmasi. Ada segala jenis ubat yang penting. Sebagai parents, kita perlu standby ubat sirup allergik, demam, selesema, batuk, asma. Banyak kes anak-anak Kak Cip tetiba naik gegata satu badan. Tau tau kenapa.

 

Muka sampai bengkak. Terus Kak Cip bagi ubat alahan iaitu ubat selesema. Yang paling kita takut sebenarnya adalah alahan ini jadi terlampau teruk sampai anak kita tak boleh bernafas ,bronchospasm.

 

Jadi kes ni adalah kecemasan dan boleh membawa maut. Sebagai ibu bapa kita kena tahu tanda-tanda merbahaya yang mungkin anak kita alami.

 

Cthnya anak tak boleh bernafas, dada berbunyi wheezing, muka pucat dan kebiruan.

Sebelum jadi tanda-tanda diatas, kita dah kena tahu yang anak kita tak boleh bernafa. Perlu bantuan segera.

 

Kalau masa tu takde ubat. Baru nak start kereta nak pergi klinik. Memang tersangat merbahaya.

 

Semalam Kak Cip dan Noah tak boleh tidur.

Pagi ni Kak Cip tgk Noah mula ada wheezing. He is not getting better.

Day 4 masih fever.

I would start him on antibiotic right away.

 

Kak Cip ajak husband pergi bawa Noah jumpa doktor. Since Kak Cip pun doktor, Kak Cip mestilah nak doktor yang betul2 teliti saja untuk rawat anak-anak Kak Cip.

 

Bukan yang sempoi2 dan cepat habis. Tambah kalau Kak Cip tak agree dengan management dia. Lagi parah.

 

So Kak cip bawa pergi jumpa pakar peaditrik, Dr Hasmawati di Melawati.

0035224C-5163-4617-9E8F-A8703B952097.jpeg

Klinik ni ramai sangat orang tau. 2 jam Kak Cip tunggu.

 

Tapi doktor dia sangat cekap, professional dan baik. I have no complaint.

 

Dan memang betul macam Kak Cip diagnose Acute Bronchiolitis. Noah perlu ambil gas dan antibiotik.

 

Walaupun Noah kurus sket sejak 3 hari ni asyik muntah kahak, tapi berat timbang tadi 8kg. Mommy peliklah kalau Noah tak kurus, agaknya berapa berat baby ni?? Noah baru saja turn 5 months 3 days ago.

 

Dr Hasma buat sedikit suction melalui hidung Noah. Banyaklah mucus keluar. Sian baby mommy tak boleh nafas.

 

Examination, treatment and medicine cost RM 203.

Mula-mula nurse timbang Noah dan cek temperature.

Kemudian nurse letak cool fever kat dada dan belakanb Noah sebab temperature 38.6’C. Drg taknak masuk ubat lagi sebab nak tunggu Dr tgk.

 

Kemudian lepas 30 minit, nurse cek balik suhu Noah. 38.4 ‘C.

 

Turn Noah pun tiba. Dr Hasmawati cek pernafasan Noah yang memang laju (tachypnoe) dan ada (intercostal recession) berlekuk sedikit kat tulang rusuk Noah bila bernafas.

 

Masuk ubat buntut sup PCM 125 mg.

Dr Hasma buat suction sikit kat hidung Noah untuk keluarkan mucus yang pekat sebab Noah tak boleh nafas.

Noah p sedut gas.

Memang mengamuklah dia. Jenuh mommy bisik kat telinga Noah nak bagi relax. Rasanya berjayalah juga sebab Noah menangis kurang kuat.

Bukannya sakit pun. Tapi budak memang tak suka benda ni.

Lepas dah selesai, Dr auscultate paru-paru Noah. Improve sikit tapi masih berbunyi.

 

Yela, pegang Noah pun Kak Cip boleh rasa vibration tu.😪

 

Dr suruh Kak Cip pergi susukan Noah. Lepas tu Dr nak cek temperatur balik. Kalau tak turun, kena ambil darah dan Noah kena  refer hospital.

 

Maka sambil menyusu Noah tu mommy berdoalah Noah respond to pcm. Selalunya mmg Noah respond pun.

 

Lepas 30 minit, yeay!! Temperature 36.8’C.

Semuanya RM 203. Kak Cip rasa berbaloi dengan servis dia. Ubat ada 4 termasuk Augmentin (antibiotik yang mahal), Singulare dan 2 lagi dia repack so Kak Cip tak tau ubat apa. Label as ubat tekak dan selesema.

 

Sepanjang Noah sakit, Kak Cip memang susukan Noah extra. Susu ibu ni kaya dengan antibodi. Noah perlukan antibodi mommy untuk lawan virus yang menyerang.

Jadi ibu-ibu, pastikan ambil air yang banyak, banyakkan buah-buahan dan pastikan kualiti susu ibu tu terbaik. Jangan susu cair saja.

 

Kak Cip memang ambil suplemen Shaklee untuk milkbooster.

F977D681-0E0D-455E-825A-ABE398CEE8B3.png

kak cip minum ESP untuk pekatkan susu. Bila susu Kak Cip cair, nanti bibik marah sebab susu cair. Dia tau Kak Cip malas bancuh ESP. Kalau susu cair, bibik cakap Noah akan restless . Sekejap saja dah habis minum. Lepas tu mengamuk sebab tak kenyang. Kalau susu pekat, Noah happy.

Boleh gitu rupanya no😅.

 

Noah tidur lama dan mommy super happy. Best sangat perasaan tgk anak tidur kekenyangan dengan susu kitakan.😊

 

Alfalfa Kak Cip ambil untuk meriahkan susu sebab anak Kak Cip memang KUAT MENYUSU!! Anak lelaki sorang ni memang berbeza dengan anak perempuan. Kuat gila dia menyusu. Kak Cip memang kena ambil Alfalfa. Kalau tidak, susu tak cukup. Ambil ni sekali pam dapat penuh. Best sangat👍🏻

 

Korang doa-doakanlah putera kesayangan Kak Cip ni cepat sembuh ya.

5DCE790F-DF12-48CA-98AD-374097797304.jpeg

Kalau ada yang nak beli suplemen untuk tambah susu, boleh wasap Kak Cip

9E8BD865-264F-4DB8-8B26-2CA03F4FD541

http://cip.wasap.my/

3 thoughts on “NAK CARI PAKAR KANAK-KANAK AREA MELAWATI YANG BEST!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s