Rumah impian

Kelebihan guna ID yg anda tak tahu..

Assalamualaikum.

Harini I nak share pengalaman deal dgn ID utk masuk rumah baru.

88C952B8-341D-4E28-BB7E-1126EEC66F87Cip dgn husband, kami beli sebuah rumah di satu kawasan elit beberapa bulan lepas.

Korang taukan kita akan dpt kunci rumah 2 bulan selepas kita byr deposit 10% dari total harga rumah yang kita beli tu.

 

67826C80-6FCB-4830-88AB-BF911E00A839Kalau rumah kita RM 500k, deposit kita RM 50k. Tapikan korang kalau pandai cari dari developer, ramai yg skrg ni zero downpayment tau. Sgt sgt untung. Plus.. ada mcm2 jenis diskaun yg sgt menguntungkan. Takpe takpe nanti I share mcm mana I go through that process k.

Harini I nak share ttg renovation rumah saja.

Personally, kami mmg nak guna khidmat ID sb nak blend in dgn konsep rumah tu sendiri. Syglah sb beli rumah mahal2 tp tak nampak cantik sb konsep ktrg caca merba. Kita nak masuk2 rumah tu terus rasa tenang dan kosong otak ni. Hilang segala keserabutan duniawi.

Rumahku syurgaku sangat.

Sebenarnya antara Interior designer dan kontraktor, bila I survey, lebih kurang saja or boleh jadi Id lebih murah dan sgt berbaloi.

Sebab harga contractor boleh jadi tinggi sebab mark up sb drg sub sub kpd contractor lain bergantung pada kepakaran masing2. Korang tau tak kontraktor yang buat plaster ceiling tak sama dgn yg buat built in furniture. Electrician juga org lain. Bila satu kontraktor pass kerja ke org lain, masing2 akan ada cas tambahan atas angin. Cthnya korang jumpa satu kontraktor ni dan dia sebenarnya buat dry work iaitu carpentry(kerja kayu), and korang byr duit kat dia. Dia akan cari kontraktor lain utk buat plaster ceiling dan dinding korang pulak. So dia sub ke org lain sb itu bukan kepakaran dia.

Bila kita guna ID pulak, ID yg akan uruskan duit bayaran kita dan drg byr ke kontraktor yang berbeza bergantung pada kerja masing2.

Kontraktor yg interior designer pilih pula adalah yg mmg trusted dan berkualiti demi menjaga reputasi company merekakan. Kat sini kita dah tak perlu risau kerja tak siap. Atau kena tipu. Atau buat cincai dan finishing sgt menyakitkan hati. Ataupun lambat siap kerja. Delay dan delay. Ramaikan terkena. Malaslah I nak fikir semuani. So senang saja. Hire professional terus. Biar drg yg deal.

 

ID pulak kita byr dia mcm mana? Actually cas ID tu tak termasuk dlm kerja pengubahsuaian. Cas Id kita byr utk consultation. Lebih kurang 6-8% dari harga kerja pengubahsuaian. Kalau buat 100k kerja tak sampai 10k la.

 

Maybe korang rasa mahalkan. Tapi kita tgk apa Id buat kat kita.

 

Pertama sekali drg tgk layout rumah kita. Drg yg lebih faham peta tu dan drg mula lukis pelan dan susun orientasi perabot. Cthnya katil sesuai dimana? Tv menghadap mana paling cantik. Kemudian drg akan tgk konsep architecture rumah kita tu. Nanti dia akan nasihatkan kita ikut kesesuaian design rumah tu tersendiri dan kawasan luar rumah.

87379938-B6E7-4B17-BD97-B88952B05AEB.jpeg

Macam rumah I, modern dan dikelilingi green. Clubhouse yg Cip beli ni dia menang award tuk being most green dlm design. Mcm live with nature la gitu.

So, bila Id dtg tgk site, dia balik saja terus dia faham konsep yg kita tak nampak atau perasan. Kita dok fokus nak itu ini je design. Then dia ckp rumah Cip ni dah cantik. Enhance dgn correct Interior, terus lawa. Byk cermin utk kita enjoy view kehijauan.

 

Bila ID propose interior dia, wow!!

21DDD805-E645-4D21-B543-BB5236DD6F88

Rumah I actually konsep rumah Twilight korang!!

AB200DCF-2B42-493C-B777-CE0478495B4DMacam rumah dlm hutan gitu.😁

Dan sebenarnya I mmg suka konsep rumah twilight. Anything natural dan green mmg I suka. Sebab tu I jadi Master coordinator of Shaklee😎.

So lepas dpt design semua, ada lebih 10 area utk kami renovate. Ruang tgk tv sampai 3 area. Ruang tv utk family, utk anak dan movie room. Mcm suka sgt tgk tv org rumah ni. Padahal I xsempat tgk tv pun.

FB1F942F-CD61-4AFE-B001-BDDCF0D08D72Then, lepas Id tahu konsep yg terbaik utk rumah kita, drg mulalah buat MOOD BOARD. Mood board ni adalah cth2 design yg sesuai utk rumah kita. Masa nilah korang passkan smua design gambar2 yg korang google tu. Gambar diatas tu I google dan bagi kat ID.

Cip ambil masa sebulan utk research konsep Cip suka. Utk setiap ruang dlm rumah tu Cip buat 1 folder dan simpan. Cthnya folder kitchen. Kalau suka modern letaklah gambar2 kitchen modern. Kemudian nak kitchen island mcm manakan. Warna kitchen tu. Tiles background kicthen dan lantai.

Even compartment drawer pun Cip simpan gambar sb nak ID buat mcm tu. Nanti senang nak store mknn dan alat dapur. Teratur dan kemas. I suka mcm tu.

 

So, nanti ID akan propose design base on apa kita suka dan konsep kita suka. Tapi dia blend bagi sesuai dgn design rumah kita sendiri.

7AE437F1-8677-4364-BCBB-C91D9C3C6F50.jpegKemudian dia akan submit 3D drawing kat kita.

6675AA77-31A1-48F3-9F79-25E467AEB185Kalau ada korang nak ubah, dia akan ubah lagi sampai korang puas-hati. Proses ni depend berapa lama korang dgb ID buat. Mcm Kak cip ni sibuk selalu so I lambat. Lambat jumpa Id dan selalu delay. Jadi sebulanlah baru I finalizekan design tu. Semalam bru  Cip buat sb I dah free dan boleh fokus.

Sebenarnya design tu boleh siap lebih awal lagi kalau korang jenis nak cepat2.

Estimate kerja2 renovation Cip ni dlm 2 bulan paling lewat siaplah.

Basically harga sgt sgt berpatutan. I compare dgn beberapa rumah yg I melawat dan guna kontraktor. Harga kami sama saja cuma I buat jauh lebih byk. Dan effect ID tu sendiri wpun simple saja kita buat, rumah kita nampak wow dah.

 

Everything, ID akan deal dgn contractors. Dia akan request quotation dgn contractors dan base on bajet kitalah. Kalau bajet RM 50k  pun boleh saja. Tgklah berapa ruang kita nak buat dan apa material kita nak pakaikan. Jgn risau.

Lepas dah agree dgn harga, kita akan sign dan bayar 50% harga total renovation tu. Kemudian drg akan buat kerja2 membina tu di kilang. Lepas beberapa minggu, drg hantar ke rumah kita. Masa hantar tu, kita byr lagi 30%. Bila dah siap pasang, iaitu lagi sebulan utk tempoh memasang kabinet dan almari satu rumah. I think ni sb rumah Cip besar. Kalau condo takkan sebulankan. 2 minggu dah siap kot kan. Hehehe. Lepas dh pasang, kita byr lagi 15%.

 

Kemudian, sebulan lepas kerja dah siap, kita akan tgk utk defect. Kalau ada defect, contractor akan betulkan. Dah siap dan puas-hati, baru bayar lagi 5%. Tadaaa…

Semua kerja pemasangan dan ubahsuai tu akan dipantau oleh Id sendiri. So tak perlu kita hari2 pergi tgk dan belek elok ke tak. Sb kita tak pakar. ID sekali pandang dah tau kualiti bagus ke tak atau apa yg tak kena. Drg sendiri deal dgn contractor.

Jimat masa dan tak sakit kepala.

So overall, fees Id tu sgt berbaloi dan tak mahal pun. Tapi ada Id yg mahal sgt. Pandai-pandailah korang pilih ya.

10k bayar Id tu kalau silap pilib kontraktor, kita tetap bayar lebih dari 10k. Quotation yg diberi ni, menjadikan bajet kita fix dan tak perlu nak ada hidden cost lagi.

C238E6ED-C15D-4FAA-ADAB-A9323D088F9B

Proper planning kan sgt penting bila bab duit ni kan. I xsuka yg hidden ambush tu. Hehehe. I must be in control or my life turn into chaos. Ishk mcm OCD plak.

 

Ok so kalau korang decide nak beli rumah tu, dah submit loan, teruslah buat folder mood board tu siap2. Lepas dh byr deposit, terus survey Id dan dptkan quotation. Sblm dpt kunci dh boleh start kerja design dan built in dah. So lebih jimat masa.

 

Next post nanti I share lebih lanjut dan update progress k. TQ for reading😊

My ID FB Ija Juhari (AEB KL Sdn Bhd)

Company ni based in Doha, Qatar. Office Malaysia di Cyberjaya.

One thought on “Kelebihan guna ID yg anda tak tahu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s